SAHABAT DURJANA! Muat naik video 'makan bini' kawan sendiri selepas diberi minuman arak


SAHABAT DURJANA! Itulah yang boleh digambarkan kepada seorang kawan yang tergamak merogol isteri kawan sendiri.

Kejadian tersebut berlaku petang semalam di Kampung Tasek Badang dekat Kota Bharu, Kelantan.

Pada mulanya mangsa yang berusia 21 tahun menuju ke dapur untuk mandi sebelum mendapati suspek menghampirinya dari arah belakang yang kemudian mengheret mangsa.

Malang sekali bagi si mangsa apabila kejadian tersebut tidak disedari rakannya itu yang tiada di rumah pada ketika itu.

Kerana tubuh badan yang masih kecil, dia tidak dapat melawan kerana suspek telah memberi minuman arak sebelum mengugut untuk memukul mangsa jika dia menjerit.

Mangsa juga mendedahkan sebelum ini suspek pernah meraba alat sulitnya beberapa kali sebelum kejadian rogol tersebut berlaku.

Dipetik daripada Sinar Harian Online, wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, suspek berusia 40 tahun itu yang juga merupakan pekerja buruh telah berjaya ditahan.

Comments

Popular posts from this blog

Prince Andrew denies EVER having sex with Jeffrey Epstein

Pasangan Kekasih Di Tangkap Dan 'Dipaksa' Lakukan Semula Aksi Mereka